Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label - Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label - Catatan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

Malam menjelang Syawal


28 Ramadhan 1433H


Cuma tinggal dua hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan. Umat Islam pula sedang sibuk bersiap untuk menyambut ketibaan Syawal. Begitu juga aku, TAPI ketibaan Syawal di tahun ini tidak begitu terasa dan memberansangkan jika dibandingkan pada tahun lepas kerana kesibukan kerja, perancangan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Mujurlah ramai saudara-mara yang membantu. Menjelang tengah malam barulah aku sedar, semuanya telah tersedia. Ketupat Pasar yang menjadi kelaziman untuk aku anyampun sudah tersedia. Begitu juga khemah, semuanya sudah tersedia.

Alhamdulillah. Cuma menunggu Syawal tiba.














Khamis, 16 Ogos 2012

Nostalgia Malam Tujuh Likur

27 Ramadhan 1433H

Dah hampir sebulan berlalu, Ramadhan hampir ke penghujung. Kini sibuk pula dengan Malam Tujuh Likur di mana ada yang berpendapat ia disambut pada malam ke 20 Ramadhan iaitu 10 malam terakhir ramadhan bersempena menyambut Malam Lailatul Qadar.

Ada juga berpendapat malam ke 15 tetapi pada pengalaman aku sendiri, ia dimulakan pada malam 27 Ramadhan iaitu 3 malam terakhir Ramadhan.

Pada malam ini, cahaya pelita mula dinyalakan dan dibiarkan menyala sehingga malam menyambut Syawal. Ketika ini jugalah kanak-kanak sibuk menyucuh bunga api dan mercun menggunakan cahaya pelita. Manakala orang-orang dewasa sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut Syawal.

Kebiasaanya, penduduk rumah berdekatan akan bersatu tenaga menyediakan juadah. Kanak-kanak juga turut sama membantu antaranya, menumbuk gula mahupun tepung dengan menggunakan lesung kaki untuk penyediaan membuat dodol disamping mengacau dodol secara bergilir-gilir kerana ia mengambil masa yang panjang untuk masak.

Selain dodol, menganyam dan memasak ketupat serta menyediakan kuih raya turut dilakukan. Aktiviti yang pelbagai dan mengambil masa yang panjang ini mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Mengingatkan Malam Tujuh Likur, menimbulkan nostalgia aku semasa kecil dimana mercun tarik diikat pada selipar, tayar basikal dan pintu pagar. Mercun akan meletup apabila selipar dipakai, basikal bergerak dan pintu pagar ditolak. Sikap melatah dan "terkejut beruk" kepada yang menjadi mangsa merupakan satu bahan dan suasana yang kelakar. Selain itu, bunyi dentuman yang kuat sehingga terasa gegaran akibat dari Bunyi Meriam Buluh sesekali kedengaran. Ini dilakukan oleh mereka yang lebih senior dari aku.

Satu lagi nostalgia, mungkin tidak ramai yang mengetahui wujudnya lagu "Malam Tujuh Likur" nyayian Maria Bachok & A.Ramlee. Sewaktu aku kecil dulu, lagu ini kerap berkumandang  di radio.

Selain pelita, terdapat juga Tradisi Memasang Punjut yang digunakan untuk menerangi jalan menuju ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana suasana kampung yang begitu gelap yang mungkin membahayakan keselamatan. Ada juga yang membina pintu gerbang menggunakan bahan semula jadi dan terbuang seperti tin susu dan batang buluh berdasarkan kreativiti masing-masing. Tradisi  memasang panjut sepanjang Ramadan sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah kerana tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Ermm .. seronoknya mengimbas masa silam.. rasanya hendak je aku kembali ke zaman itu tapi sayangnya suasana begitu tidak dirasai oleh generasi kini. Kalau adapun tidaklah semeriah dulu.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan kemerdekaan kepada semua.

Nostalgia lama sudah pasti menjelma apabila pulang beraya di kampung. Bersama kita sambut kedua-duanya (Raya & Kemerdekaan) pada acuan tempatan kita sendiri dan secara berterusan menyemarakkan nilai 'keluarga besar' Malaysia yang menjadi simbol perpaduan kita dalam komuniti rencam ini.



Selasa, 14 Ogos 2012

Jadi bangang kerana cinta

HARI ini, aku terima emel dari seorang rakan ofis. Entah celok dari blogmana tapi agak menarik untuk aku kongsikan bersama.

Antara kandungan emel tersebut adalah,

Pernah ada pengalaman kena tinggal dengan kekasih ?.  Berpisah dengan pakwe / makwe yang dah lama couple ?. Bercerai dengan suami/isteri yang sudah 10 ~ 20 tahun berkahwin ?. Tidak mengapa, hidup anda tidak akan berakhir di situ. Mulakan hidup yang baru. 

Buatlah apa sahaja yang boleh membawa kegembiraan dan melupakan kesedihan anda. Asal jangan umum dekat Facebook yg anda nak PUTUS SAUDARA, BUNUH DIRI dan MURTAD sudah seperti budak bangang yang baru nak kenal dunia ni.


Sumber aku dapat tahu dari sini. Seorang budak bernama Syahir telah kena tinggal dengan awek yg bernama Atiqah Aziz. 

Ini adalah sedikit screenshot yang berkaitan dgn putus cintanya dan pengakuan murtadnya di Facebook dengan menggunakan nama Edward Martin Jesus setelah dia murtad masuk kristian... katanya.


Ni awek yg tinggalkan dia... wow seriously, comel, cute, cun, memang taste aku... tapi tak berbaloi utk bunuh diri dan murtad hanya kerana perempuan macam dia ni.




Aku dah try nak Add Friend mamat bangang tu, kalau dapat aku nak basuh cukup2 tapi tak dapat pulak, dia dah disable friend. Tapi andai kata dia ada terbaca blog ni, aku nak tanya dia nak bunuh diri mcm mana ?. 

Kalau tak, aku ada cadangan macam gambar2 kat bawah ni...

Kena gilis dengan keretapi... atau kat Malaysia
ada KTM Komuter.
Terjun bangunan, lagi tinggi lagi bagus...
dari KLCC ke, confirm bersepai kepala.
Gantung diri kat pokok, tapi bunuh diri cara ini
lebih sakit dan lambat berbanding cara2 di atas.

Lepas kau dah bunuh diri, keluarga dan kawan2 baik kau akan sedih, kenalan2 kau akan panggil kau looser, polis dan hospital bertambah kerja sebab nak uruskan mayat kau, tapi lepas tu mereka semua akan teruskan kehidupan mereka macam biasa, tiap2 hari raya mungkin mereka akan ziarah kubur kau dan bacakan Yaasin untuk kau...

Manakala bekas awek kau yg cantik Atiqah Aziz tu takkan ada rasa apa2 pun... dan lepas 5 ~ 6 tahun dia akan berkahwin dengan lelaki pilihannya, dapat 2 ~ 3 orang anak dan hidup bahagia. Kau! apa yg kau dapat ?. Duduk kat dalam kubur dan masa tu cuma antara kau dan malaikat Munkar dan Nakir.

Tapi kalau kau tak bunuh diri dan masih hidup lagi, kau boleh belajar bersungguh2 dapatkan degree, master, lepas tu dapat kerja bagus2 kat syarikat besar, kalau takpun jadi PTD kat jabatan kerajaan, beli kereta pilihan sendiri, beli rumah, kahwin dengan perempuan yang 10 ~ 20 kali lebih BAIK, MELETOP dan HOT dari Atiqah Aziz dan akhirnya hidup bahagia.

Masa tu kau dah tak kisah pun pasal ex-girlfriend kau. Macam mana? Pilihan di tangan kau.


Renungkan, fikirkan dan berdoalah agar perkara-perkara seperti ini tidak terjadi dikalangan kita.


p/s : ketika catatan ini ditulis, akaun facebook Atiqah Aziz telah dipadam dan Edward Martin Jesus telah ditukar ke nama asal pemilik akaun iaitu Syahir.




Rabu, 1 Ogos 2012

77 syarikat pelaburan tidak sah

Hari ini, sedang menyelak sebuah akhbar harian, aku terbaca satu tajuk yang menarik perhatian. Setelah membacanya, terjawablah suatu persoalan yang sering menjadi tajuk perbincangan antara aku dan rakan-rakan. 

Untuk melihat senarai 77 syarikat pelaburan tidak sah tersebut sila ke http://www.bnm.gov.my.

Berikut adalah petikan berita tersebut,

"KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain. 

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai. 

BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.

Tegasnya, di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini.

"Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan, ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan," kata bank itu.

"Senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

"Sekiranya syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan terjadualnya, BNM akan menarik balik surat perakuan tersebut," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my "

Jadi, berhati-hati dan berfikir sebelum membuat keputusan.


Sabtu, 21 Julai 2012

1 Ramadhan

Alhamdulillah, 1 Ramadhan 1433H, tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Jadi, ramailah berpeluang balik kampung untuk berbuka puasa bersama ibubapa dan keluarga di kampung. Bagi aku pula kalau hari biasapun tetap berbuka di rumah keluarga. Rasa lebih meriah apabila dah ramai duduk bersama dan melihat anak-anak yang berbuka puasa. Tapi gelagat anak-anak kecil yang tak puasa belebih-lebih la pulak.



Selasa, 3 Julai 2012

Nisfu Syaaban


Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
 
Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya. 

Untuk maklumat lanjut, mengenai Maksud Nisfu Syaaban dan Fadhilat di Bulan Syaaban sila ke laman berikut :-

Catatan berkaitan :-

Khamis, 21 Jun 2012

Salam Sya'aban


HARI ini, 1 Sya'aban 1433 H, merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim yang terletak diantara dua bulan mulia iaitu Rejab di mana bulan berlakunya peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj dan bulan Ramadhan iaitu bulan umat Islam diwajibkan berpuasa.

Pada malam kelima belas bulan Sya'aban, adalah malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.


Amalan Bulan Sya'ban; Sunnah atau Bid'ah

Isnin, 21 Mei 2012

Pemergian seorang rakan


Hari ini, aku dikejutkan dengan satu emel,

"Dukacita dimaklumkan iaitu Saudara Azizi Kamaruddin (Civil Department) telah kembali ke Rahmatullah pagi ini, 21.05.2012 jam 3.04 pagi bermusabab Sakit Jantung. Jenazah beliau akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Salak South selewat-lewat jam 11:00 pagi, marilah sama-sama kita doakan agar roh beliau dalam golongan orang-orang mukmin.. 
Amin.."

Walaupun aku tidak begitu rapat dengan Allahyarham Azizi, pemergiannya begitu terasa dan mengingatkan aku tentang penjagaan serta pengetahuan mengenai kesihatan.

Al-Fatihah...


Allahyarham Azizi bersama keluarga (berbaju hitam Aladdin) dan rakan.




Masa Untuk Emas

Lanjutan dari 'posting' aku semalam, Nilai Wang, Sebotol Kicap dan Emas ingin pula aku kongsikan sebuah buku yang ditulis oleh Azizi Ali bertajuk 'Masa Untuk Emas' menceritakan bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat dan mengelak dari kesilapan-kesilapan yang besar.

Buku ni memang 'best', order je online.




p/s : Sebelum membuat sesuatu, ilmu pengetahuan kena ada.

Sabtu, 19 Mei 2012

Nilai Wang, Sebotol Kicap dan Emas


HARI ini, sedang makan-makan tengahari di rumah mertua, sambil mengunyah mata aku tertumpu ke botol Kicap Lemak Masin Kipas Udang.

Aku terpegun melihat tanda harganya. Wah... melampau betul harganya dah mencecah sehingga RM 5.70. Botol kecil tu.. Rasanya, macam baru beli (ntah bila ye ?) untuk botol besarpun cuma berharga RM 3.40 (eehhh.. betul ke ? ...tak perasanlak sebab masa berlalu begitu pantas begitu juga dengan nilai wang).

Tak kisahlah... kicap bukanlah makanan utama,
tak makan pun xhal, tapi yang aku persoalkan adalah nilai wang itu sendiri. Kalau harga kicap pun boleh mencacak naik, apatah lagi Emas atau Perak.

Hartanah xyah cerita, lagilah dasyat... Dasyat bukan kerana harga tapi kerana boleh dibeli oleh warga asing sewenangnya.

Teringat pula rakan-rakan offis yang kini sedang rancak dengan jual beli EMAS. Kalau nak cerita pasal jual beli emas ni, rasanya dah lama tetapi kian rancak sejak kebelakangan ini. Mungkin informasi dari internet dan kesedaran orang ramai.

Tak pasal2 akupun turut terjebak sama, terbeli emas Public Gold. Tapi jika difikirkan jadi agen lagi bagus sambil tu bolehlah tolong kekawan. 
Inilah yang aku tengah ushakan .....

Selamat Berjaya untuk aku dan rakan-rakan ...


Rabu, 9 Mei 2012

Cuti Sekolah


Cuti Sekolah Pertengahan Tahun ini bermula dari 28 May sehingga 10 Jun. Cuti sekolah pasti memberi kegembiraan kepada anak-anak. Bagi anak-anak aku yang sudah terbiasa bercuti sudah pasti akan tertanya ke mana destinasi pilihan pada cuti kali ini.

Cuti sekolah kali ini, aku memang tiada perancangan disebabkan kesibukan kerja dan hal-hal peribadi.

Tapi mujurlah, secara kebetulan ada baucer lebih di beli dari 'MATTA FAIR' 
ditawarkan oleh Amirul

Satu tawaran menarik "Percutian 2 hari 1 malam di Hotel Thistle Port Dickson
berharga RM260 termasuk sarapan pagi dan ditambah RM50 untuk upgrade ke "Sea View".

Satu tawaran yang menarik. Apalagi terus grab lah .....

Tunggu catatan aku seterusnya mengenai Hotel Thistle dan sekitar Port Dickson.


Isnin, 30 April 2012

Ragam ketika ber 'shopping'

Ketika berjalan-jalan dan membeli-belah, kebiasaanya aku akan merakam imej anak-anak. Korang lihatlah hasilnya.


20120303_20305520120303_20304520120303_20341620120303_20342520120303_20365820120303_203741
20120303_20390720120428_17111320120428_171138DSC_0080DSC_0081DSC_0082
DSC_0024DSC_0022DSC_0023

Ragam ketika ber 'shopping', a set on Flickr.






Iklan