Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label - Acara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label - Acara. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa di Studio Pak Ngah - Akhir Ramadhan

22 Ramadhan 1433H

HARI ini aku ke studio Pak Ngah untuk Majlis Berbuka Puasa sempena minggu akhir Ramadhan.

Acara yang dijalankan ini merupakan lanjutan dari Majlis Berbuka Puasa Awal Ramadhan pada 8 Ramadhan lepas dan diusuli dengan majlis pada hari ini.

Juadah pelbagai kuih disediakan sebagai pembuka puasa. Selanjutnya, solat Maghrib dijalankan secara berjemaah. Selepas menunai solat Maghrib, acara bacaan tahlil dijalankan untuk aruah Makcik Mun Sungai Buluh yang baru meninggal pada hari ini. Al-Fatihah ..

Selepas solat Isyak dan Tarawih, acara makan diteruskan. Menu yang ditawarkan adalah nasi ayam berbanding dengan nasi briani yang dihidangkan ketika Majlis Berbuka Puasa Awal Ramadhan.



Jumaat, 3 Ogos 2012

Majlis bersahur 2012 bersama rakan-rakan


14 Ramadhan 1433H

HARI ini, aku bersahur di NZ Curry House, berdekatan dengan Carrefoure Wangsa Maju dan Wangsa Walk. 

Pada asalnya kunjungan aku ke restoran ini adalah untuk bertemu rakan-rakan untuk bersahur bersama sambil berborak panjang sehingga ke subuh. Atas keinginan anak-anak untuk sahur bersama, aku ambil keputusan untuk angkut semuanya.

Terdapat perbagai hidangan yang disediakan di sini di samping menonton TV pada skrin besar. Antara yang dapat aku rasa adalah, nasi goreng tomyam dan sup ayam. Rasanya memang sedap.

Berbalik kepada perjumpaan rakan-rakan untuk bersahur. Acara ini merupakan acara tahunan yang sememangnya menjadi tradisi antara kami. Pertemuan ini memberi peluang kepada rakan-rakan bertukar cerita mengenai perkembangan semasa dan diri masing-masing disamping terselit kisah-kisah silam yang melucukan. 

Sudah 19 tahun kami tinggalkan alam pendidikan semasa LKMT tetapi ikatan persahatan tetap terjalin. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang sanggup datang walaupun jauh untuk menjayakan acara ini. Semoga perjumpaan ini tetap dan akan berterusan sehingga ke akhir waktu. 

Lanjutan dari perjumpaan ini, aku harap semoga perjumpaan pada sambutan Hari Raya dapat dijayakan juga.

Mereka yang datang mengikut kehadiran, adalah,
1.     Azali
2.    Amy
3.    Gaban
4.    Pyan / Shalah & anak / Razi
5.    Manz
6.    Khairul
7.    Sharif
8.    Shanizam & family
9.    Shamil

p/s,  Ucapan dari Sdr. Adnan,
Salam sahabat-sahabat ku..mohon maaf tak dapat datang mlm tu...tak de nak beri alasan apa-apa pun.. Cuma sempat bertemu sdr. Gaban..malam tu.. semuga silaturahim ini dapat istiqamah dan insyaallah dapat bertemu dilain pertemuan.. InsyaAllah.










Sabtu, 28 Julai 2012

Majlis berbuka puasa di studio Pak Ngah - Awal Ramadhan


8 Ramadhan 1433H
 
HARI ini, aku berpeluang ke studio Pak Ngah di Setapak untuk meraikan majlis berbuka puasa yang diadakan bersempena awal atau pembuka Ramadan. Ini merupaka acara tetap yang diadakan pada setiap tahun.

Antara aktiviti yang diadakan adalah, berbuka puasa dengan kuih-muih, solat Magrib, makan malam, solat Tarawih. Menu makanan yang dihidangkan pada malam ini adalah, aneka kuih-muih seperti serta nasi briyani gam. 

Bagi mereka yang telah hadir ke rumah mertua aku ketika Majlis Perkahwinan dan Rumah Terbuka Hari Raya atas jemputan aku yang lepas, antaranya mengakui rasa nasi briayani serta ayam gorengnya memang sedap.

Selepas menunaikan solat Tarawih, mereka yang hadir akan berbual dan bercerita mengenai pengalaman serta permasalahan yang dilalui. Secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan siratul rahim sesama sendiri.



Sabtu, 23 Jun 2012

PROGRAM i-THINK

HARI ini, seawal 7:00 pagi lagi anak aku si Athirah dah siap nak ke sekolah. Aku sendiripun masih keliru dan tak pasti mengenai program yang akan dilaluinya.

Tiba di sekolah, aku diberikan kad jemputan i-THINK dan sedikit penerangan tapi masih kabur. Aku rasa ramai yang masih kabur tentang program ini. Rupa-rupanya, murid dan ibubapa dijemput untuk ke Program ini yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Program yang berlangsung pada 16hb., 23hb. dan 30hb. ini dihadiri oleh murid-murid dari setiap sekolah berhampiran secara berkala. Sekolah Kebangsaan Taman Muda dan beberapa sekolah lain telah dipilih pada hari ini.

Rupanya, Program i-THINK ini adalah satu projek usahasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.

Lapan Peta Pemikiran i-THINK adalah alat berfikir visual yang memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

Digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan pelbagai tahap, proses pemikiran akan menjadi satu cara lazim untuk murid, guru dan ibubapa menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru bersama-sama. Penggunaan Peta Pemikiran yang berterusan akan membiasakan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Peta Pemikiran

Senarai Peta Pemikiran tersebut adalah,

1. Circle Map (Peta Bulatan)
    Proses Pemikiran : Mendefinisikan mengikut konteks
    - Menjana idea
    - Mengaitkan pengetahuan sedia ada
    - Membuat gambaran awal topik
    - Membuat rumusan

2. Bubble Map (Peta Buih)
    Proses Pemikiran : Describing (Menerangkan)
    - Menjelaskan sifat sesuatu perkara
    - Hanya menggunakan “adjectives” (kata sifat)

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
    Kemahiran Berfikir : Membanding beza
    - Membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang bagi dua benda/perkara.

4. Tree Map (Peta Pokok)
     Kemahiran berfikir : Membuat pengelasan
    - Membahagikan kepada kategori tertentu
    - Memberi contoh-contoh
    - Membuat sub topik
    - Memberi huraian

5. Brace Map (Peta Dakap)
    Kemahiran Berfikir : Hubungan Bahagian - Seluruh
    - Menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek
    - Melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja.

6. Flow Map (Peta Aliran)
    Kemahiran Berfikir : Turutan
    - Membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara.

7. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Aliran)
    Kemahiran berfikir : Sebab dan akibat
    - Mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara.
    - Menjelaskan kesan sesuatu perkara.

8. Bridge Map (Peta Titi)
    Kemahiran Berfikir : Hubungan Yang Sama, Mencari Faktor Penghubung :
    - Mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara.
    - Memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.


Kelemahan dan Persoalan

Terdapat beberapa kelemahan semasa perjalanan program ini. Antaranya,
  1. Ibubapa tidak diberi informasi mengenai program ini. Hanya kad jemputan sahaja di beri.
  2. Bas untuk membawa murid-murid dari SK Taman Muda ke SK Pandan Jaya yang sepatutnya tiba pada jam 7:00 pagi lewat tiba pada jam 9:30 pagi.
  3. Ruang sekolah yang terhad untuk menerima kunjungan ramai disamping kesesakan di jalan utama pintu masuk sekolah.

Antara persoalan yang timbul, adalah,
  1. Apakah tujuan orangramai di jemput ke acara ini ?. Adakah ia ingin menonjolkan usaha PM untuk mengenengahkan Program i-THINK atau menerangkan konsep program i-THINK ?.
  2. Dimana integriti Menteri Pelajaran apabila cuma watak dan usaha PM sahaja ditonjolkan ?.
  3. Apakah ini salah satu cara Peta Pemikiran untuk murid dan orangramai mengingati wajah PM sehinggakan dari Kad Pasport untuk menebus hadiah dan makanan, setiap visual memaparkan wajah PM dan penerangan Peta Pemikiran juga menggunakan wajah PM ?. (Sila lihat gambar di bawah).
  4. Apakah perlu acara ini diadakan sehingga melibatkan kos pengangkutan, penyediaan makanan dan tapak program ?. Apakah ia tidak boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing dengan memberi penerangan ringkas kepada ibubapa ?.
Kad Jemputan ke Program i-Think.
Murid-murid diberikan kad Pasport untuk menebus hadiah, aiskrim dan makanan
semasa berada di program ini.
Sekolah Pandan Jaya sebagai penganjur Program i-Think.
Terdapat 8 buah khemah didirikan mengikut setiap Peta Pemikiran yang ada.
Khemah ini agak terasing dan tertutup dari khemah Peta Pemikiran.
Situasi di dalam setiap khemah Peta Pemikiran. Keseluruhan khemah
Peta Pemikiran terdapat tayangan visual memaparkan kisah PM.
Peta Pemikiran juga menonjolkan wajah PM.
Suasana di tapak program.
Makanan di sediakan kepada pengunjung.
Murid-murid terpaksa berjemur sementara menunggu bas untuk pulang
ke sekolah masing-masing.
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sistempendidikanperludirombak/Article/













Sabtu, 26 Mei 2012

Kelas Melukis Kartun


HARI ini aku ke Kelas Melukis Kartun yang berlangsung di Galeria Majlis Perbandaran Ampang, Menara MPAJ atas jemputan seorang rakan ofis, Azman Mat Noh. Kelas ini diadakan sempena projek amal yang diketuai oleh Zunar dan Kelab Kartun Independen.Ke Menara MPAJ dari rumah aku hanyalah 2.5 km. Rasanya rugi kalau tak datang.

Dari jam 8:30 pagi aku dan anak-anak dah sampai. Pendaftaran dan kelas dimulakan. Mulai jam 9:00 pagi tetamu lain mula datang.

Pelajaran yang diberi secara santai selama 3 jam ini amat berharga dan menyeronokan sehingga anak-anak bertanya, bila lagi kelas akan di adakan. Ia juga memberi memberi semangat kepada anak sulung aku untuk melukis.

Selain dari pelajaran percuma, peralatan melukis, makan dan minum juga di sediakan. Memang best laa..... "Free kan !!!"

Berbanyak Terima Kasih, aku nak ucapkan kepada Azman, Zunar dan geng kartun yang lain.

Harap-harap korang lebih 'power' untuk meneruskan perjuangan dan aku tetap memberi sokongan.

p/s : Teringat kata Zunar, terdapat ramai 'kartunis bisu'. Rasanya bukannya kartunis sahaja, malah ramai lagi yang lain bukan setakat bisu malah hanya mampu mengampu dan menjadi "Pak Turut".


Zunar (berbaju kuning) dan Azman Mat Noh (berbaju hitam) sedang memberi
penerangan bagaimana untuk menghasilkan mimik wajah kartun mengikut mood.
Selepas penerangan diberi, kanak-kanak diberi peluang untuk melukis.
Makanan, minuman dan peralatan melukis disediakan.
Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan bakat mereka.
Diakhir sesi, sempat juga bergambar kenangan bersama pelajar lain 
di samping memaparkan hasil seni mereka.











Selasa, 15 Mei 2012

Al-Rawsha - Jamuan Perpisahan buat Yusof



HARI ini aku ke Restoran Al-Rawsha untuk meraikan Majlis Jamuan Perpisahan untuk seorang rakan yang akan berhenti dari offis. Istimewanya, orang lain berhenti sebab dapat offer lebih tapi yang ni lain, berhenti kerana nak buat perniagaan sendiri, jadi 'taukey homestay' di Terengganu. 

Aku nak ucap tahniahlah sebab dapat keluar dari kepompong kekangan masa. Aku bila lagi ye ?.

Pasal rumah homestay tu nanti bolehlah aku ceritakan di lain 'posting'. Akupun dah menginap dan memang tip-top tempatnya.

Antara menu yang kami pesan ialah, Al-Rawsha Salad, Cheese Roll, Vegetable Roll, Lamb & Chicken Mandy, Pots (Milk Tea & Mint Tea) dan minumannya, Cordial Orange atau Manggo. Satu kepala kena charge RM31.00. 

Terkilan gak aku sebab 'Milk Tea' tak sampai ke meja aku, tapi mujurlah aku sempat meneguk di meja lain...sedap gaklah.. Itupun, dorang nak cilok, pesan barang tak sampai tapi dah 'charge'...

Lepas makan, sesi bergambar pula. Tak sangka Samsung Tab aku jadi sasaran. Ramai gak yang datang. Kalau tahu nak bergambar ramai cam ni, dah tentu aku bawa DSLR dengan lensa Wide Angle. Tapi jadilah, janji ada gambar. Apahalpun aku nak ucap terima kasih, bab bergambar korang memang 'sporting habis' dan pada Rosnina & geng juga kerana berusaha untuk mengwujudkan Jamuan ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Restoran Al-Rawsya ni, sila klik di sini.

p/s - aku suka lagi di Tajine tapi service lembab.


Rupa Restoran Al-Rawha dari luar
Yusof yang bakal meninggalkan Technip
Antara menu yang di pesan
Antara yang hadir tapi tak mewakili semua sebab ada yang menyorok
Tu.. dia sambung lagi, sesi bergambar di luar pulak.

Untuk melihat gambar selebihnya, sila klik gambar di bawah.

Liku Alam - View my '20120515 - Al-Rawsha' set on Flickriver



Jumpa Lagi & Ceria Selalu !!! Ganu Kita !!


Ahad, 1 Januari 2012

Majlis Kesyukuran Sempena Awal Tahun 2012

Aktiviti pertama kelab NURI di hari pertama tahun baru 2012 adalah mengadakan Majlis Kenyukuran sempena menyambut tahun baru 2012 dan meninggalkan tahun 2011.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil disusuli dengan menyambut hari lahir Pak Habib, sebagai penaung kelab NURI dan diakhiri dengan makan dan minum.

Majlis Kesyukuran, bacaan tahlil dan sembahyang berjemaah ini diadakan di Pak Ngah Production di tingkat atas manakala makan dan minum diadakan di Pak Ngah Corner di tingkat bawah.

Semasa aktiviti berjalan aku seperti biasa merakam aktiviti dan pergerakan ahli kelab.

p/s - Kelab Nuri adalah kelab yang diasaskan oleh ahli keluarga sebelah isteri aku untuk memudahkan perhubungan dan perjumpaan diantara atau sesama sendiri. Perjumpaan rasmi kerap diadakan di Studio Pak Ngah, di Setapak.


Iklan