Ruang Iklan

Sabtu, 8 September 2012

Pusat Rawatan Parit Keroma

Hari ini, aku ke Parit Keroma, Muar dengan tujuan untuk mendapatkan rawatan mengeluarkan batu karang hempedu untuk aku, gout untuk bapa dan kebas tangan untuk isteri aku.

Seawal pukul 6:30 pagi, kami bertolak ke Klang untuk mengambil bapa dan seterusnya kami menuju ke Muar.

Sebelum ini, kalau ke Muar, aku akan melalui Tangkak dari Lebuhraya PLUS. Kini, setelah mempunyai GPS, arah yang paling dekat adalah masuk ke Alor Gajah dari Lebuhraya PLUS dan seterusnya ke Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin).

Ini bukanlah pertama kali aku ke sana, malah sudah berpuluh kali. Pusat rawatan ini pada asalnya diusahakan oleh Alllahyarham Mohd. Fuad bin Ariffin. Setelah beliau meninggal dunia, pusat ini sunyi dari pengunjung kerana tiada sesiapa yang mewariskan usaha Allahyarham. 

Setelah beberapa tahun sunyi dari pengunjung, isteri beliau Hjh. Zainon bt. Omar, mendapat mimpi dari Allahyarham untuk meneruskan usahanya.

Walaupun rawatan diteruskan, pengunjung yang datang tidaklah seramai semasa Allayarham menjalankan rawatan. Malah kepantasan dalam menjalankan rawatan begitu berbeza. 

Aku masih ingat lagi, kalau dulu ramai pengunjung dari Singapura dan dari Utara yang datang ke sini. Walaupun ramai, rawatan yang dilakukan begitu pantas.

Perantara rawatan yang dijalankan adalah melalui timun. Timun dihalakan dan disedut pada tempat yang disyaki ada penyakit. Jika ada batu pada buah pinggang atau hempedu, batu tersebut akan kelihatan di dalam timun apabila dipotong. Tahap kotoran pada salur darah juga boleh dilihat jika timun tersebut kotor atau kehitaman apabila dipotong.

Alhamdullilah, setelah mendapat rawatan, hempedu aku didapati bersih dari segala kotoran dan batu. Malah timun didapati bersih apabila dipotong. Sebelum ini (dua tahun lepas), batu karang dari hempedu aku sudahpun dikeluarkan. Itupun setelah ujian dilakukan oleh doktor. Alhamdulillah, terlepas aku dari pembedahan laparaskopik kolesitekmi.

Bayaran yang dikenakan untuk rawatan adalah RM 50.00. Setiap pesakit diwajibkan membawa dua biji botol kosong untuk diisi air (diminum & disapu) dan sekurang-kurangnya lima biji timun yang lurus. Rawatan yang harus dilakukan adalah sekurang-kurangnya tiga kali.

Semasa menunggu untuk mendapat rawatan, aku merakam keadaan disekitar kawasan.

Aku juga berpeluang berbual dengan seorang penduduk asal di situ. Beliau sempat bercerita bagaimana Parit Keruma mendapat nama dan seterusnya dipecahkan mengikut bahagian. Kemarahannya meruap, apabila aku menyebut nama Muhyiddin Yassin. Kenapa ya ?.



Pandangan dari luar pusat rawatan
Pandangan di dalam pusat rawatan
Notis mengenai hasil pemberian, masa perubatan dan borang yang perlu diisi untuk pesakit
yang pertama kali datang untuk mendapatkan rawatan
Sketsa kartun mengenai liku perjalanan pemilik pusat rawatan
Antara yang boleh dilihat didinding sekitar pusat rawatan
Ragam sikecil semasa menunggu


p/s : Imej dari Nokia N8

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya dah berubat kat sini dan alhamdullilah dah ok cuma sekrg ada pegi berubat dalam 6 bulan sekali...

Tanpa Nama berkata...

Boleh sy dptkn no tpon rumahnya x?

Tanpa Nama berkata...

salam. boleh x sy nak mintak nmbo telefon mak haji tuh.. sy nk pergi sane... cume nk pastikan pusat rawatan tuh masih dibuka ataupun tidak.. ayah sy sudah 2 tahun x pegi.. .

Tanpa Nama berkata...

salam.. awak dapat x nmbo rawatan batu karang ini... sy nak mintak blh x...

Tanpa Nama berkata...

salam... boleh x sy nk nmbo telefon mak haji zainon.. sy nk pastikan waktu buka pusat rawatan.. dan masih lagi buka ataupun tidak... sbb perjalanan sy jauh.. tkt x buka pula.. trime kasih

Unknown berkata...

Mohon dapatkan alamat lengkap. Berhajat nak ke sini juga

Tanpa Nama berkata...

berapa no,dia aku memerlukan

mesin jahit berjenama berkata...

Tuan. Mohon no tel hjh ni dan alamat lengkap. Tolonglah reply

Unknown berkata...

Sya pergi buat rawatan batu dlm hempedu dgn mak aji semlm..

Unknown berkata...

Sya pergi buat rawatan batu dlm hempedu dgn mak aji semlm..

Unknown berkata...

Salam Enche Ros, boleh bagi nombor telephone Mak aji? Boleh bagi Saya di email address dharah_al@yahoo.com.sg
Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg nak no. HP HAJJAH ZAINUN yg boleh rawat Batu Karang, batu karang hempedu dan kanser boleh hubungi sy Ustaz Mazlan 0197468101 kerana Puan Hajjah amanahkan jangan sebarkan no. HP dia di media sosial. Jadi, sy kena pegang amanah Puan Hajjah. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Hubungi saya 0108334866 ustaz Mazlan. Syukran..

Tanpa Nama berkata...

Waze sekolah agama parit keroma...rumah dia sebelah sekolah

Unknown berkata...

Salam..oleh kerana ramai yg mengalami masalah batu karang dlm ginjal@buah pinggang dan hempedu atau masalah bengkak buah pinggang, sekarang sy ada jual sejenis produk yg berkesan sgt utk masalah di atas. Boleh whatsapp sy 0108334866 Ustaz Mazlan untuk mendapatkan produk ini. Syukran jazilan.

Tanpa Nama berkata...

Untuk dapatkan ubat Pemecah/Penghancur batu karang sila hubungi saya Ustaz Mazlan 0108334866. Syukran jazilan.

Unknown berkata...

Maaf nak tanyani. Parit keroma darat atau laut

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya... Pusat rawatan ni masih beroperasi ke ? Beberapa kali saya lalu depan premis ni tapi macam takde org.

Unknown berkata...

Masih buat lg tak perubatan ni

Unknown berkata...

Sy lama cari hajah ni. . Mak sy slalu buat rawatan dgn dia... Tp skrg lost contact... Last dtg rumah asyik kosong... Ade sape2 tahu x hjh ni masih mngubat lg ke tak

Unknown berkata...

saya call sume no.hp yg ade di atas sume tak dapat dihubungi...bole bg sy maklumat hjh zainon tak...sy nak bwk mak berubat dgn hajah

likualam berkata...

saya dah lama tak ke sini dan tak pasti samada masih wujud

Unknown berkata...

Ada lagi ke rawatan batu karang ni

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum nk tnye masih ada lagi ke tmpat perubatan ni??..

Unknown berkata...

Masih ada lg.. Bw timun biasa. Bkn timun Jepun. Beras barli. Lemon. Kismis. Air mineral.
Byaran rm100 dewasa. Bwah 15 tahun rm 70.usaha dan tawakal..

Nm berkata...

Assalam , nak tanya .. jika kita ada sakit lain boleh datang juga ke untuk rawatan ? Selain batu karang ? .. dan berapa pula bayarannya untuk sakit lain ya? ..

Faiz Salleh berkata...

Ada no telefon?

Faiz Salleh berkata...

Ada no telefon? Bila waktu operasi

Unknown berkata...

Sakit pinggang boleh ke

Tanpa Nama berkata...

No. Tel Hajah Zainun Perubatan Batu Karang dan Pelbagai Penyakit di Muar .
01136816238 / 0133408594

Iklan