Ruang Iklan

Jumaat, 13 April 2012

Kemalangan


KERAP juga aku pulang lewat sejak kebelakangan ini kerana sibuk menyiapkan kerja-kerja yang memang susah dan jenuh aku nak siapkan. Dalam perjalanan pulang, lebihkurang jam 9.45 malam, seperti biasa aku lewati jalan Kampung Pandan berhampiran Tesco Ampang menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah.

Aku terserempak satu kemalangan antara kereta dan motor kapcai. Pada awalnya, aku sangka ada mayat di bawah kereta tetapi cuma sebuah motor kapcai. Jika dilihat dari kemalangan, siapa sangka penunggang motosikal boleh terselamat manakala motosikalnya boleh tersepit di bawah kereta.

Menurut, salah seorang dari penduduk berhampiran, ketika pemandu kereta tersebut hendak membuat pusingan "U" di garisan berkembar, beliau telah terlanggar penunggang motosikal tersebut. Kemalangan ini membabitkan seorang pemandu dan dua penunggang/pembonceng motosikal. Ketiga-tiga mereka masih remaja. Aku lihat kedua-dua mangsa penunggang/pembonceng motosikal masih dalam trauma.

Agak kerap juga kawasan ini menempuh pelbagai peristiwa kemalangan kerana kedegilan pemandu yang kerap membuat pusingan "U". Kelakar juga, apabila mengenangkan seorang penduduk yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana berlakunya kemalangan ini. Kalau tak silap aku, kawasan ini di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan. Hai.. mentang-mentanglah nak pilihanraya ...isu kemalangan pun di politikan ....


Tiada ulasan:

Iklan