Ruang Iklan

Sabtu, 16 Jun 2012

Kolam Air Panas Selayang


Dari Bandar Baru Selayang, aku singgah sebentar di Kolam Air Panas Selayang. Tujuannya untuk melihat perkembangan sekitar kolam ini. Pada asalnya, kewujudan kolam ini tidak diketahui ramai kerana terlindung oleh perusahaan kilang haram. Kewujudannya disedari selepas kilang tersebut diruntuhkan oleh Majlis Bandaran.

Kolam Pertama
Menurut cerita, ada seorang ahli perniagaan Cina yang mengalami masalah kulit kerap mandi di sini. Puas juga beliau berubat tak juga sembuh. Dengan kesungguhan, dan kerap berulang berendam dan mandi di kolam ini, beliau akhirnya sembuh. Beliau seterusnya telah membina dinding kolam dan membaik pulih kawasan sekitar kolam.

Aku sendiri juga pernah mengalami masalah kulit dan terpaksa menyewa rumah di Bandar Baru Selayang semata-mata untuk datang mandi setiap hari di sini. Puas juga pergi berubat tapi tak sembuh.
Kolam Kedua

Dengan berkunjung setiap hari ke kolam air panas ini selama 3 bulan, dengan izin Allah penyakit kulit yang aku alami sembuh seterusnya.

Ini cerita lebih 20 tahun lepas. Suhu air dari ketiga-tiga kolam ini masih tidak berubah. Malah, perkembangan pembangunan sekitar kawasan ini masih belum terasa.

Kolam Ketiga
Kolam air panas ini mempunyai kunikannya tersendiri. Terdapat 3 kolam yang berbeza saiz dan suhu.

Kolam pertama yang paling kecil mempunyai air yang jernih tetapi terlalu panas. Pernah aku lihat seorang lelaki berketurunan Sikh berendam di dalam kolam kecil ini. Entah ilmu apa yang dia pakai aku tak pasti. Bagi manusia biasa, kulit akan terasa perit ababila terkena air panas dari kolam ini.

Tempat terapi kaki
Kolam kedua pula merupakan kolam "favorites" aku. Di kolam inilah aku kerap berendam. Asalnya, dinding kolam ini tidaklah setinggi sekarang dan agak mudah naik atau turun ke kolam. Ketika berendam, suhu air akan terasa lebih panas apabila dikocak. Adalah dipercayai, perbagai penyakit kulit, sendi, gout dll dapat diubati jika kerap berendam di kolam ini.

Kolam ketiga pula merupakan kolam terbesar dan agak dalam. Suhu air dari kolam ini, di dalam linkungan kolam pertama dan kedua. Setakat ini aku tak pernah lihat orang yang sanggup berendam atau berenang di kolam ini. Kebanyakan yang datang, hanya menjirus air kolam kebadan dan kaki sahaja.

Selain itu, terdapat juga tempat terapi tapak kaki. Air panas dari kolam melalui batu terapi untuk memanaskan batu. Aku cuba berjalan dan melakukan terapi, tapi tak boleh tahan sebab terlalu panas.

Selain itu, terdapat juga gerai makanan dan sebuah pejabat jualan kondominium yang akan dibina di sini.








Tiada ulasan:

Iklan