Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label Pekan Temerloh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekan Temerloh. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Pekan Temerloh

Jalan-jalan sehari sekitar Temerloh  ─ 15 May 2011
(Destinasi ke tiga)



Dari Taman Deerland Park, aku ke Pekan Temerloh kerana ingin melihat Pekan Sehari yang terletak di pesisir Jalan Lurah Semantan (Semantan adalah nama asal Temerloh) berhampiran Sungai Pahang.

Malangnya, aktiviti Pekan Sehari di sini sudah berakhir kerana aku sampai agak lewat. Aktiviti di sini akan bermula seawal pagi hingga menjelang tengahari. Ramai peniaga yang sudah pulang tetapi terdapat beberapa gerai jualan terutama gerai buah Durian.

Di hadapan Sungai Pahang dan gerai-gerai ini, terdapat deretan kedai makanan di panggil Dataran Patin. Kesemua kedai makanan di sini menjual Gulai Tempoyak Ikan Patin. Terdapat 3 jenis Ikan Patin di jual, iaitu, Patin Buah, Muncung dan Juara. Ia dibahagikan lagi kepada Patin Sungai dan Sangkar.

Harga bagi Patin Sungai mencecah sehingga RM45 seketul bergantung pada saiz, manakala patin sangkar pula harganya di antara RM5 hingga RM7 seketul.

Di sebelah Dataran Patin ini, terdapat Taman Esplande. Di sini pengunjung boleh beristirehat di tepi sungai dan menaiki bot sepanjang sungai.

Setelah menikmati gulai ikan patin aku mencuba pula merasa durian Temerloh. Boleh tahan juga rasanya. Kalau tak percaya, cuba lihat gelagat anak aku.

Setelah puas bersantai dan menikmati makanan di tepi sungai, akupun melangkah pulang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa selama 2 jam jarak perjalanan.

Banyak lagi kawasan di Temerloh ini yang belum aku terokai. Antaranya, Pusat Pemuliharaan Seladang, Taman Gubang Gajah, Bukit Rengit dan Gunung Senyum.


Iklan