Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label - Jom Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label - Jom Makan. Papar semua catatan

Isnin, 13 Ogos 2012

Berbuka Puasa di Q Thai Steamboat

24 Ramadhan 1433H

HARI ini, aku dan rakan-rakan satu ofis berbuka puasa di Q Thai Steamboat, Ampang Avenue. Makanan di sini memang pelbagai.

Terdapat "fishball" yang pelbagai bentuk, lonjong, segiempat serta perbagai rasa sayuran dan pelbagai jenis mee untuk masak ‘steam’, juga ada makanan laut seperti udang (dua jenis), sotong, ketam, ikan dll untuk masak ‘grill’ atau ‘steam’, serta perbagai citarasa dan warna aiskrim. 

Makanan laut seperti ketam, sotong dan udang memang ‘fresh’. Fuh…. jenuh nak makan.

Sesiapa yang tak kuat makan elok tak payah datang sebab terdapat 150 menu yang ditawarkan. Makanlah sampai puas dan boleh tawaf beberapa kali untuk isi semuanya dalam perut. Tapi ingat, makanan yang diambil hendaklah dihabiskan. Kalau tak, makanan yang tak habis tu kena bayar RM10 bagi setiap 100 gram.

Nasihat aku, jangan ambil makanan berlebih-lebih sebab boleh ditambah kalau habis. Satu lagi, kalau nak minum air mineral, beli je kat luar sebab kat sini mahal, harga 2 kali.

Harga untuk satu orang, dikenakan mengikut ketinggian. Kalau dah terlebih dari ketinggian yang ditetapkan, harga bagi dewasa RM 27 dan Rm 14 bagi kanak-kanak, tidak termasuk minuman dan cukai 5%.

Errkkk .. sekali lagi aku kekenyangan. Alhamdulillah.

Komen :

1. Makanan memang ‘best’ tapi suasana agak sempit dan tak selesa. Yang datang, 14 orang tapi meja macam untuk 10 orang je.

2. Harga minuman dikira lebih.. Weh..tipu ke ?.

Untuk keterangan lanjut mengenai restoran ini, boleh klik sini.


Sabtu, 4 Ogos 2012

Berbuka puasa di Restoran Ubi Kayu


HARI ini, aku satu famili ke Restoran Ubi Kayu di USJ 9, Subang Jaya, untuk berbuka puasa. 

Restoran ini menjadi pilihan kerana ia menawarkan sajian masakan Melayu, lokasi yang sesuai disamping harga yang berpatutan.

Selain menawarkan beberapa jenis lauk dan jenis ikan bakar, terdapat juga kuih-muih Melayu yang mungkin tiada di tempat lain. 

Terdapat juga ubi kayu rebus yang dimakan dengan kelapa dan sambal tumis. Selain itu, juga terdapat perbagai rasa dan warna aiskrim.

Mengikut empunya restoran, hari ini, Nasi Dagang menjadi pilihan untuk dihidangkan. Setiap hari mereka akan menukar jenis nasi antaranya, nasi ulam, nasi minyak dan nasi tomato.

Selepas makan, episod membungkus makanan untuk persiapan sahur pula berlangsung. 

Errrkkk . kenyangnya… Alhamdulillah.

Untuk keterangan lanjut, boleh klik sini. 

 

Khamis, 2 Ogos 2012

Berbuka Puasa di Hotel Mutiara Crown Plaza



13 Ramadhan 1433H

HARI ini, aku berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan pejabat di Hotel Mutiara Crown Plaza di Jalan Perak, Kuala Lumpur. 

Perbagai juadah berkonsep bufet di tawarkan oleh hotel bertaraf lima bintang ini. Antara yang menarik adalah rendang rusa yang mula ditawarkan pada tahun ini. Walaupun terdapat perbagai juadah, yang menarik minat dan mempunyai citarasa tersendiri adalah Moggollian BBQ dan perbagai Mee Rebus, Kari dan Laksa. 

Suasana yang santai ini, memberi peluang rakan-rakan berbual panjang mengenai perkembangan masing-masing dan berkongsi cerita terkini.

Bagi aku sendiri, mutu makanan yang ditawarkan terlalu rendah berbanding dengan taraf hotel dan harganya. Terkena pula dengan rasa ketam yang sudah lama dan hampir busuk. 

Terima kasih kepada Vendor dari Interstate yang sudi menaja dan bos yang sudi mempelawa. Tahun hadapan jangan lupa jemput lagi.







Ahad, 8 Julai 2012

Burger Kukus Jalan Rejang



Sedang aku melewati Bandar Baru Ampang, terserempak pula dengan Warung Burger Kukus. Di dalam kerancakan kewujudan Burger Bakar, terdapat pula Burger Kukus.

Aku terus singgah untuk mencuba dan menemubual empunya warung.

Menurut mereka, burger yang digunakan adalah dari Burger Ramlee. Burger tersebut di kukus selama lima minit, kemudian di bakar tanpa menggunakan minyak. Manakala sos cili, lada hitam dan mayonis disediakan mengikut resepi tersendiri. Mentega yang digunakan dicampur dengan bawang putih.

Burger Kukus Jalan Rejang atau dikenali dengan singkatan BKJR merupakan perniagaan Gerai Kecilan secara francais. Nama Jalan Rejang digunakan bersempena dengan perniagaan BKJR yang bermula di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya.

Setelah menikmati rasa burger dan oblong, bolehlah aku katakan burger ini sedap dan rasanya lain dari yang lain. Malahan harganya pun berpatutan. Aku sarankan burger lebih sedap dari oblong. Kalau tak percaya, marilah cuba.






Selasa, 15 Mei 2012

Al-Rawsha - Jamuan Perpisahan buat Yusof



HARI ini aku ke Restoran Al-Rawsha untuk meraikan Majlis Jamuan Perpisahan untuk seorang rakan yang akan berhenti dari offis. Istimewanya, orang lain berhenti sebab dapat offer lebih tapi yang ni lain, berhenti kerana nak buat perniagaan sendiri, jadi 'taukey homestay' di Terengganu. 

Aku nak ucap tahniahlah sebab dapat keluar dari kepompong kekangan masa. Aku bila lagi ye ?.

Pasal rumah homestay tu nanti bolehlah aku ceritakan di lain 'posting'. Akupun dah menginap dan memang tip-top tempatnya.

Antara menu yang kami pesan ialah, Al-Rawsha Salad, Cheese Roll, Vegetable Roll, Lamb & Chicken Mandy, Pots (Milk Tea & Mint Tea) dan minumannya, Cordial Orange atau Manggo. Satu kepala kena charge RM31.00. 

Terkilan gak aku sebab 'Milk Tea' tak sampai ke meja aku, tapi mujurlah aku sempat meneguk di meja lain...sedap gaklah.. Itupun, dorang nak cilok, pesan barang tak sampai tapi dah 'charge'...

Lepas makan, sesi bergambar pula. Tak sangka Samsung Tab aku jadi sasaran. Ramai gak yang datang. Kalau tahu nak bergambar ramai cam ni, dah tentu aku bawa DSLR dengan lensa Wide Angle. Tapi jadilah, janji ada gambar. Apahalpun aku nak ucap terima kasih, bab bergambar korang memang 'sporting habis' dan pada Rosnina & geng juga kerana berusaha untuk mengwujudkan Jamuan ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Restoran Al-Rawsya ni, sila klik di sini.

p/s - aku suka lagi di Tajine tapi service lembab.


Rupa Restoran Al-Rawha dari luar
Yusof yang bakal meninggalkan Technip
Antara menu yang di pesan
Antara yang hadir tapi tak mewakili semua sebab ada yang menyorok
Tu.. dia sambung lagi, sesi bergambar di luar pulak.

Untuk melihat gambar selebihnya, sila klik gambar di bawah.

Liku Alam - View my '20120515 - Al-Rawsha' set on Flickriver



Jumpa Lagi & Ceria Selalu !!! Ganu Kita !!


Sabtu, 21 April 2012

McDonald's - Chicken Muffin pada kos istimewa



HARI ini, aku bersarapan di McDonald's Pandan Mewah yang jaraknya cuma 700 meter dari rumah kerana nak merasa hidangan terbaru McDonald's iaitu Chicken Muffin dengan tawaran khas.

Hidangan yang menampilkan daging ayam yang digoreng hingga keemasan disajikan bersama kepingan keju berkrim dalam mufin ala Inggeris ditawarkan dengan kos istimewa pada harga RM2.50 untuk dua minggu saja. Tawaran khas ini terhad kepada empat pembelian dalam satu resit dan ia hanya sah dari 9 hingga 22 April di Restoran McDonald's terpilih untuk sarapan pagi saja.

Sarapan pagi McDonalds bermula dari jam 4 pagi hingga 11 pagi setiap hari.


Jumaat, 30 Mac 2012

Ayam Bakar Wong Solo, Bandar Sri Permaisuri


DAH lama aku teringin nak makan Ayam Bakar Wong Solo bersama rakan-rakan. Jadi, hari ni, aku angkut semua "Geng Makan" pergi ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri. Restoran ini terkenal dengan masakan Ayam penyet dan masakan asli Indonesia.

Terdapat banyak betul restoran di sini, antaranya,  Restoran Ani Sup Utara yang terkenal dengan Aneka jenis sup, nasi ayam, bubur dll, Restoran Yati Ayam Percik & Kelantan Delight yang terkenal dengan nasi kerabu dan ayam percik, Restoran Original Kayu Nasi Kandar yang terkenal dengan Makanan India Utara/Selatan serta menu tempatan, di buka 24jam dan banyak lagilah yang tak larat aku nak tulis ....

Selain deretan restoran di Dataran Dwitasik, terdapat juga deretan restoran di Jalan Sri Permaisuri 8 & 9 dan Danau Lumayan Avenue. Bukan itu saja, malah The Lake Avenue juga akan di buka kelak. Jenuh nak makan, banyak betul pilihan.

Hairan betul, kenapalah mereka guna Bahasa Inggeris.. Dah tak ada Bahasa Melayu yang sesuai lagi ke untuk nama tempat ?.

Berbalik ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo, ia diasaskan oleh Puspo Wardoyo pada 1991 di Medan. Bagi aku, yang menarik mengenai Puspo Wardoyo adalah asalnya dari keluarga besar yang mengamalkan poligami. Selain beliau, bapa, abang dan adiknya mengamal poligami. Pemilik lebih dari 30 Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini mempunyai 4 orang isteri membuatnya lebih dikenali sebagai Bapak Poligami Indonesia. Selain itu, yang menarik, adalah perinsipnya "Banyak istri, Banyak rejeki".

Mengenai konsep restoran, menu dan pekerjanya sekali di impot dari Medan. Suasana makan di sini agak menarik, boleh bersila atau duduk di kerusi. Selain itu, terdapat juga perbagai menu yang ada.

Kami pilih duduk bersila sebab nak santai. Menu pula, sebab nak mudah, kami pilih "Pakej Ekonomi 7 dalam 1. Terdapat Pakej, Ayam Bakar, Ayam Goreng, Ayam Penyet, Pecal Lele dan Empal Sapi dengan setiap satu berharga RM 10.90. Pendekata, makanan di sini memang sedap dan sesuai dengan selera aku.

Selepas makan, kami pergi ke Masjid Al-Najihin yang terletak berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat. Rasanya, selepas ini, tempat ini akan menjadi pilihan aku untuk menunaikan Solat Jumaat kerana keadaan yang selesa disamping dapat merasa pelbagai makanan yang ada di sekitar.

Keesokanya pula, aku bawa famili sebab nak berkongsi rasa kesedapan makanan yang aku kecapi sebentar tadi.
  
(P/S : Jika dilihat, agak mudah orang luar buat bisnes kat sini tapi kita masih tak pandai2, cuma pandai makan je lah..pass tu tulis blog ... aku lah tu ....) 
Inilah rupa Restoran Ayam Bakar Wong Solo di Bandar Sri Permaisuri
Geng Makan sedang bersantap
Ayam Bakar, sedapnya sehingga licin pinggan
ANTARA Menu yang menjadi pilihan



Menu untuk famili
Aku dan famili sedang menjamu selera







Khamis, 1 Mac 2012

Belanja Makan di Velodrom


HARI ini, seorang rakan ofis yang telah berhijrah ke syarikat lain, bermurah hati nak belanja makan dari berkat rezeki yang diperolehi. Camnilah rakan, dapat rezeki lebih tak lupa pada rakan-rakan lama. Alhamdulillah, Shukran.

Tetapi, pelawaan dilakukan pada saat akhir. Akupun tak bersiap sedia, mujurlah ada rakanku yang sering aku usung ke mana saja. Dapatlah aku rakamkan detik-detik bersejarah sambil mencuba perbagai cara untuk mendapatkan rakaman imej yang terbaik. Sambil makan, sambil ambil gambar.

Tempat makan yang dipilih adalah restoran Ayam Kampung Goreng yang berhampiran Stadium Velodrom, Cheras. Sebelah malamnya, tempat ni jadi "downtown". Restoran ni memang terkenal dengan masakan kampungnya..siap ada ulamnya sekali. Pada aku yang paling sedap adalah sambal belacannya...makan sampai berair mata dibuatnya.

Bila sampai di sini, aku tercuit juga dengan kata-kata seorang rakan lain satu ketika dulu yang menyebut, "buat bisnes jual nasi dengan ayam keding pun mampu beli bangunan ... nilah KL...".

Kepada rakan ni, aku nak ucapkan berbanyak Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh pelawa lagi dan tak lupa juga yang menumpangkan aku ke sini. Syoknya, kalau semua free dan dapat berkumpul macam ni..semua "Happy". 

Untung wooo, ada bahan sejarah...siap masuk Blog, Facebook & Flickr, satu dunia tahu.

World!! ..teringatlak kat Mawi.



Sila klik untuk melihat gambar selebihnya  ....... malaslah nak tempel...
aZaLiS - View my '20110301 - Makan di Valodrom' set on Flickriver

Khamis, 20 Oktober 2011

'Lunch' di Hotel Shangri-La


HARI ini "department" aku buat makan-makan. Tempat yang dipilih adalah Hotel Shangri-La. Kebetulan rakan-rakan blogger2 pula duduk semeja sambil membidik kamera.

Riuhlah kalau blogger berkumpul sebab ada blogger, ada cerita ada foto.

Blogger -> Blog = Cerita + Foto


Iklan