Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label Durian Raub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durian Raub. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2011

Durian ! Oh Durian ! - Durian Raub


HARI ini bakal tertunailah hasrat aku yang telah lama terpendam, sejak 1996 lagi iaitu teringin nak makan durian Raub, ha...macam mengidam pulak. Famili aku berhasrat nak ke Raub sebab nak menikmati rasa durian Raub. Kebetulan salah seorang dari ahli keluarga mempunyai rumah kosong di Felda Sungai Koyan.

Sepanjang perjalanan di dalam kawasan Raub, bau durian menyusuk hidung…. eemmm tak sabar nak rasa durian Raub. Banyak juga kenderaan dan mat-mat motor menyongsang arus perjalanan. Agaknya mereka ni nak balik selepas puas menikmati keenakan durian. Sampai sahaja di depan rumah kosong yang aku kata tadi, bau busuk pula menyengat hidung. Setelah pintu terbuka terbuka, bangkai biawak sepanjang dua kaki terbujur di depan pintu. Aku meloya nak termuntah tapi tak jadi sebab kagum melihat adik-adik aku berusaha untuk membersihkan bekas bangkai dan melupuskan bau bangkai. Bagus betul dorang ni..terutama dalam bab-bab gotong-royong. Terkejat jugalah aku dan hilang selera nak makan durian.

Selepas bersihkan bangkai biawak, mereka pergi ke kebun durian. Agak lama juga sebab durian yang keluar dari kebun habis di tempah. Berbakul-bakul durian yang ada tetapi semuanya menjadi milik orang. Mujurlah ada sebakul durian baru keluar dan belum ditempah. Haa..bakal menjadi habuan kami. Aku sejak tadi lagi, masih belum berselera kerana bau bangkai masih menyengat hidung. Perlahan-lahan bau durian menggantikan bau bangkai, begitu jugalah selera aku. Pesta durian pun bermula. Korang lihatlah gelagat peminat-peminat durian (sila klik pada foto).

Setelah merasa durian Raub, aku akui rasanya memang sedap dan yang penting tiada bahan kimia. InyaAllah, jika ada peluang aku nak mencuba lagi.

Nasihat aku, kalau nak menikmati durian Raub, datanglah awal pagi. Pasal itulah semasa datang tadi ramai yang menyongsang arus dengan aku. Agaknya mereka ni datang awal-awal pagi selepas mendengar nasihat aku.. agaknyalah....
Sila klik pada foto untuk ke Galeri Foto
Liku Alam - View my '20110410 - Durian ! Oh Durian ! - Durian Raub' set on Flickriver

Iklan