Ruang Iklan

Sabtu, 23 Jun 2012

PROGRAM i-THINK

HARI ini, seawal 7:00 pagi lagi anak aku si Athirah dah siap nak ke sekolah. Aku sendiripun masih keliru dan tak pasti mengenai program yang akan dilaluinya.

Tiba di sekolah, aku diberikan kad jemputan i-THINK dan sedikit penerangan tapi masih kabur. Aku rasa ramai yang masih kabur tentang program ini. Rupa-rupanya, murid dan ibubapa dijemput untuk ke Program ini yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Program yang berlangsung pada 16hb., 23hb. dan 30hb. ini dihadiri oleh murid-murid dari setiap sekolah berhampiran secara berkala. Sekolah Kebangsaan Taman Muda dan beberapa sekolah lain telah dipilih pada hari ini.

Rupanya, Program i-THINK ini adalah satu projek usahasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.

Lapan Peta Pemikiran i-THINK adalah alat berfikir visual yang memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

Digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan pelbagai tahap, proses pemikiran akan menjadi satu cara lazim untuk murid, guru dan ibubapa menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru bersama-sama. Penggunaan Peta Pemikiran yang berterusan akan membiasakan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Peta Pemikiran

Senarai Peta Pemikiran tersebut adalah,

1. Circle Map (Peta Bulatan)
    Proses Pemikiran : Mendefinisikan mengikut konteks
    - Menjana idea
    - Mengaitkan pengetahuan sedia ada
    - Membuat gambaran awal topik
    - Membuat rumusan

2. Bubble Map (Peta Buih)
    Proses Pemikiran : Describing (Menerangkan)
    - Menjelaskan sifat sesuatu perkara
    - Hanya menggunakan “adjectives” (kata sifat)

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
    Kemahiran Berfikir : Membanding beza
    - Membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang bagi dua benda/perkara.

4. Tree Map (Peta Pokok)
     Kemahiran berfikir : Membuat pengelasan
    - Membahagikan kepada kategori tertentu
    - Memberi contoh-contoh
    - Membuat sub topik
    - Memberi huraian

5. Brace Map (Peta Dakap)
    Kemahiran Berfikir : Hubungan Bahagian - Seluruh
    - Menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek
    - Melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja.

6. Flow Map (Peta Aliran)
    Kemahiran Berfikir : Turutan
    - Membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara.

7. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Aliran)
    Kemahiran berfikir : Sebab dan akibat
    - Mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara.
    - Menjelaskan kesan sesuatu perkara.

8. Bridge Map (Peta Titi)
    Kemahiran Berfikir : Hubungan Yang Sama, Mencari Faktor Penghubung :
    - Mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara.
    - Memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.


Kelemahan dan Persoalan

Terdapat beberapa kelemahan semasa perjalanan program ini. Antaranya,
  1. Ibubapa tidak diberi informasi mengenai program ini. Hanya kad jemputan sahaja di beri.
  2. Bas untuk membawa murid-murid dari SK Taman Muda ke SK Pandan Jaya yang sepatutnya tiba pada jam 7:00 pagi lewat tiba pada jam 9:30 pagi.
  3. Ruang sekolah yang terhad untuk menerima kunjungan ramai disamping kesesakan di jalan utama pintu masuk sekolah.

Antara persoalan yang timbul, adalah,
  1. Apakah tujuan orangramai di jemput ke acara ini ?. Adakah ia ingin menonjolkan usaha PM untuk mengenengahkan Program i-THINK atau menerangkan konsep program i-THINK ?.
  2. Dimana integriti Menteri Pelajaran apabila cuma watak dan usaha PM sahaja ditonjolkan ?.
  3. Apakah ini salah satu cara Peta Pemikiran untuk murid dan orangramai mengingati wajah PM sehinggakan dari Kad Pasport untuk menebus hadiah dan makanan, setiap visual memaparkan wajah PM dan penerangan Peta Pemikiran juga menggunakan wajah PM ?. (Sila lihat gambar di bawah).
  4. Apakah perlu acara ini diadakan sehingga melibatkan kos pengangkutan, penyediaan makanan dan tapak program ?. Apakah ia tidak boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing dengan memberi penerangan ringkas kepada ibubapa ?.
Kad Jemputan ke Program i-Think.
Murid-murid diberikan kad Pasport untuk menebus hadiah, aiskrim dan makanan
semasa berada di program ini.
Sekolah Pandan Jaya sebagai penganjur Program i-Think.
Terdapat 8 buah khemah didirikan mengikut setiap Peta Pemikiran yang ada.
Khemah ini agak terasing dan tertutup dari khemah Peta Pemikiran.
Situasi di dalam setiap khemah Peta Pemikiran. Keseluruhan khemah
Peta Pemikiran terdapat tayangan visual memaparkan kisah PM.
Peta Pemikiran juga menonjolkan wajah PM.
Suasana di tapak program.
Makanan di sediakan kepada pengunjung.
Murid-murid terpaksa berjemur sementara menunggu bas untuk pulang
ke sekolah masing-masing.
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sistempendidikanperludirombak/Article/













1 ulasan:

Kak nad berkata...

pada dasarnya sistem nie sangat bagus. tp bila saya sendiri perlu involve, rasa banyak masa yang terbuang sebab agak slow.. macam sistem sebelum ni. pbs contohnya. sy x berapa mahir dalam it, tp kapasiti yg diberikan tidak dapat menampung penyertaan guru yang ramai di Malaysia.. so, bukan makanan sahaja yang membazir di Malaysia. masa juga dibazirkan. salah satu perkara yang patut diterapkan.

Iklan