Ruang Iklan

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Assalammualaikum ! dan Selamat tahun Baru ! diucapkan kepada semua rakan-rakan dan pengunjung blog ini. 

Rasanya tempoh setahun terlalu cepat berlalu. Aku sering teringat nasihat aruah ibuku yang sering berkata "Tempoh masa yang cepat dan singkat adalah untuk orang yang sihat dan aktif tetapi bagi orang yang sakit sepertinya, tempoh masa terlalu lama. Malah untuk menghabiskan masa untuk satu malampun begitu payah". 

Satu lagi... pesanan dari bapa mertua aku... "Kekayaan yang tak ternilai adalah kesihatan yang baik". 

Bersama kita manfaatkan masa semasa masih sihat dan berbaik serta berbakti kepada ibubapa ketika mereka masih hidup. Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik dan diberkati buat kita semua berbanding tahun lepas.
 
Al-fatiha buat aruah ibuku. Jasa dan kebaikanmu tetap diingatan. Tanpamu aku tak akan ujud. Al-Fatiha......



Tiada ulasan:

Iklan