Ruang Iklan

Sabtu, 15 Oktober 2011

OCBC Fun Ride (Day 2)



04.45 petang : Acara Kayuhan Anjuran OCBC merupakan acara yang julung kali diadakan mulai dari 14 - 16 Oktober 2011 di Dataran Merdeka. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini. Acara ini akan bersambung esok pada pukul 6.30 pagi untuk peringkat dewasa dan profesional.

Kepada bakal peserta terutama rakan-rakan yang terbabit, aku nak ucap Selamat & Berjaya sampai ke destinasi kayuhan. InsyaAllah jumpa esok.

Lepas ni aku nak pergi makan ke Medan MARA ....Jom makan ...


Sabtu, 20 Ogos 2011

Majlis bersahur 2011 bersama rakan-rakan

Perjumpaan bekas pelajar LKMT adalah suatu perjumpaan tahunan yang dibuat selepas Solat Tarawikh sehingga Solat subuh. Aku berharap agar perjumpaan tahunan ini berkekalan sehingga akhir hayat ..... 


Untuk gambar detail sila klik sini

Rabu, 1 Jun 2011

Lensa Nikon - 50mm f/1.8 AF-D

HARI ini, aku cuba bermain dengan Lensa Nikon Nikkor 50mm f/1.8 AF-D dikeluarkan pada 6.7.2002 dan diubahsuaikan dari Lensa jenis S. Lensa berdiameter 52mm dan seberat 157 gram, ini amat sesuai untuk gambar potret dan dengan bacaan bukaan f/1.8, imej dapat dirakam di dalam suasana cahaya rendah.

Selain dari lensa 50mm f/1.8 AF-D, terdapat juga lensa 50mm f/1.8 G AF-S, 50mm f/1.4 AF-D dan 50mm f/1.4 G AF-S.

Jika dilihat terlalu banyak lensa Nikon yang dikeluarkan. Selain dari jenis S dan D terdapat pula tiga format yang berbeza iaitu FX, DX dan CX.

Berikut adalah definasi yang terdapat pada lensa Nikkor untuk kamera Nikon yang aku akan tambah sedikit-sedikit kerana masa aku yang agak terhad.

AF-S = Autofokus dengan Silent Wave Motor (SWM), motor pemfokus ada dibadan lensa. AF-S memfokus lebih laju berbandig dengan AF-D.

AF-D = Autofokus, pemfokus digerakkan oleh badan kamera. Boleh digunakan pada kamera filem.

VR = Vibrate Reduction, fungsi untuk mengurangkan gegaran pada lensa. Ia cukup efektif untuk mengurangkan gambar dari 'blur' dan dapat menurunkan shutter sehingga 3 Stop.

ED = Extra Low Dispersion, mempunyai gelas lensa yang khusus untuk index refleksi yang tertentu/khusus yang memberikan focus yang hampir sama untuk semua spektrum cahaya.


Ahad, 15 Mei 2011

Pekan Temerloh

Jalan-jalan sehari sekitar Temerloh  ─ 15 May 2011
(Destinasi ke tiga)



Dari Taman Deerland Park, aku ke Pekan Temerloh kerana ingin melihat Pekan Sehari yang terletak di pesisir Jalan Lurah Semantan (Semantan adalah nama asal Temerloh) berhampiran Sungai Pahang.

Malangnya, aktiviti Pekan Sehari di sini sudah berakhir kerana aku sampai agak lewat. Aktiviti di sini akan bermula seawal pagi hingga menjelang tengahari. Ramai peniaga yang sudah pulang tetapi terdapat beberapa gerai jualan terutama gerai buah Durian.

Di hadapan Sungai Pahang dan gerai-gerai ini, terdapat deretan kedai makanan di panggil Dataran Patin. Kesemua kedai makanan di sini menjual Gulai Tempoyak Ikan Patin. Terdapat 3 jenis Ikan Patin di jual, iaitu, Patin Buah, Muncung dan Juara. Ia dibahagikan lagi kepada Patin Sungai dan Sangkar.

Harga bagi Patin Sungai mencecah sehingga RM45 seketul bergantung pada saiz, manakala patin sangkar pula harganya di antara RM5 hingga RM7 seketul.

Di sebelah Dataran Patin ini, terdapat Taman Esplande. Di sini pengunjung boleh beristirehat di tepi sungai dan menaiki bot sepanjang sungai.

Setelah menikmati gulai ikan patin aku mencuba pula merasa durian Temerloh. Boleh tahan juga rasanya. Kalau tak percaya, cuba lihat gelagat anak aku.

Setelah puas bersantai dan menikmati makanan di tepi sungai, akupun melangkah pulang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa selama 2 jam jarak perjalanan.

Banyak lagi kawasan di Temerloh ini yang belum aku terokai. Antaranya, Pusat Pemuliharaan Seladang, Taman Gubang Gajah, Bukit Rengit dan Gunung Senyum.


Taman Deerland Park, Lancang

Jalan-jalan sehari sekitar Temerloh  ─ 15 May 2011 (Destinasi ke dua)



Dari Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, aku ke Taman Deerland Park yang terletak 15 minit jarak perjalanan.

Taman ini menawarkan satu destinasi pelancungan yang unik di mana manusia, haiwan dan alam semula jadi dapat berinteraksi menjadi satu.

Taman ini merupakan taman milik persendirian. Bayaran masuk yang dikenakan adalah Rm 6 untuk dewasa dan Rm 3 untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.

Walaupun dinamakan Taman Deerland, bukan hanya rusa dipelihara di sini tetapi terdapat juga beruang madu atau Sun Bear, arnab, landak, burung kasuari dan merak. Bukan sekadar melihat, pengunjung dapat memegang dan membelainya dengan lebih dekat.

Selain itu terdapat juga pelbagai jenis flora dan fauna boleh dilihat di sini.

Selepas menikmati suasana alam di sini, aku terus ke Pekan Temerloh.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Taman Deerland Park atau yang berkaitan denganya, sila kepautan berikut :-

- Nikmati Percutian dalam hutan hujan


Deerland-01Deerland-02Deerland-03Deerland-04Deerland-05Deerland-06
Deerland-07Deerland-08Deerland-09Deerland-10Deerland-11Deerland-12
Deerland-13Deerland-14Deerland-15Deerland-16Deerland-18



Iklan