Ruang Iklan

Ahad, 19 Disember 2010

Zoo Taiping & Night Safari

Jalan-Jalan Perak (Hari 2) ─ 18 & 19 Disember 2010

Seawal pagi, aku "check out" dari Hotel Hillcity untuk ke Zoo Taiping. Sepanjang perjalanan, banyak juga tempat yang aku lawati tetapi menghampakan. Ini menjadi punca perjalanan aku dari Hotel Hillcity ke Zoo Taiping yang sepatutnya mengambil masa 1½ jam, menjadi lebih.

Akhirnya, aku sampai ke Zoo Taiping pada pukul 3 petang dan meluangkan masa selama lebih 2 jam. Di sini disediakan keretapi mini untuk memudahkan pengunjung untuk melawati ke suatu kawasan atau habitat haiwan tanpa had. Teringin juga aku menyambung lawatan untuk ke tempat lain tetapi cuti aku terhad sehingga ke hari ini.

Seterusnya aku sekeluarga meluangkan masa di Taman Tasik Taiping.

Info ringkas Zoo Taiping,
  • Nama asal adalah Taman Mergastua Sultan Idris Shah.
  • Terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping.
  • Di buka setiap hari termasuk ahad dan cuti umum dari pukul 8.30 pagi - 6.00 petang.
  • Bayaran masuk RM 12.00 (dewasa) dan RM 8.00 (kanak-kanak).
  • Terdapat 1300 ekor dan 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi dan kurungan terbuka.
  • Terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping dimana keluasan Zoo Taiping adalah 13.7 hektar daripada 40.5 hektar kawasan Taman Tasik Taiping.

Untuk "Night Safari" pula,
  • Di buka setiap malam termasuk cuti umum dari pukul 8.00 - 11.00 malam. Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Umum di buka dari pukul 8.00 - 12.00 malam.
  • Bayaran masuk RM 16.00 (dewasa) dan RM 10.00 (kanak-kanak)







    Sabtu, 18 Disember 2010

    Sejenak di Dataran Bandaraya Ipoh




    Selepas ke Taman Rekreasi Gunung Lang, aku pulang ke Hotel Hillcity, tempat kami menginap. Selepas melakukan apa yang wajib dan sepatutnya, kami sekeluarga menjamu selera di sebuah gerai Hentian Larut Malam terletak di hadapan Hotel Hillcity. Selain dari gerai makanan, terdapat juga gerai buah-buahan.

    Semasa di sini aku tak sempat nak bergambar kerana keletihan.

    Selepas menjamu selera, aku ke Dataran Bandaraya Ipoh. Wah, meriah betul suasana di sini. Yang menarik perhatian adalah pertunjukan kereta yang diubahsuai terutama pada audio selain dari perbagai gerai makan dan akesesori wanita.

    Dah pukul 2 pagi, esok aku nak sambung perjalanan ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang.

    Jumpa esok di Zoo Taiping....



    Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

    Jalan-Jalan Perak (Hari 1) ─ 18 ke 19 Disember 2010

    Hari ini percutian aku bermula sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request...

    Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka 'explore', ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu... Tempat ini di panggil Taman Rekreasi Gunung Lang.

    Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini... Memang menarik tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka post ini. 


    Selepas puas bersantai di sini, aku ke Hotel Hillcity untuk "check-in".

    Iklan