Ruang Iklan

Ahad, 19 Disember 2010

Zoo Taiping & Night Safari

Jalan-Jalan Perak (Hari 2) ─ 18 & 19 Disember 2010

Seawal pagi, aku "check out" dari Hotel Hillcity untuk ke Zoo Taiping. Sepanjang perjalanan, banyak juga tempat yang aku lawati tetapi menghampakan. Ini menjadi punca perjalanan aku dari Hotel Hillcity ke Zoo Taiping yang sepatutnya mengambil masa 1½ jam, menjadi lebih.

Akhirnya, aku sampai ke Zoo Taiping pada pukul 3 petang dan meluangkan masa selama lebih 2 jam. Di sini disediakan keretapi mini untuk memudahkan pengunjung untuk melawati ke suatu kawasan atau habitat haiwan tanpa had. Teringin juga aku menyambung lawatan untuk ke tempat lain tetapi cuti aku terhad sehingga ke hari ini.

Seterusnya aku sekeluarga meluangkan masa di Taman Tasik Taiping.

Info ringkas Zoo Taiping,
  • Nama asal adalah Taman Mergastua Sultan Idris Shah.
  • Terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping.
  • Di buka setiap hari termasuk ahad dan cuti umum dari pukul 8.30 pagi - 6.00 petang.
  • Bayaran masuk RM 12.00 (dewasa) dan RM 8.00 (kanak-kanak).
  • Terdapat 1300 ekor dan 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi dan kurungan terbuka.
  • Terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping dimana keluasan Zoo Taiping adalah 13.7 hektar daripada 40.5 hektar kawasan Taman Tasik Taiping.

Untuk "Night Safari" pula,
  • Di buka setiap malam termasuk cuti umum dari pukul 8.00 - 11.00 malam. Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Umum di buka dari pukul 8.00 - 12.00 malam.
  • Bayaran masuk RM 16.00 (dewasa) dan RM 10.00 (kanak-kanak)







    Sabtu, 18 Disember 2010

    Sejenak di Dataran Bandaraya Ipoh




    Selepas ke Taman Rekreasi Gunung Lang, aku pulang ke Hotel Hillcity, tempat kami menginap. Selepas melakukan apa yang wajib dan sepatutnya, kami sekeluarga menjamu selera di sebuah gerai Hentian Larut Malam terletak di hadapan Hotel Hillcity. Selain dari gerai makanan, terdapat juga gerai buah-buahan.

    Semasa di sini aku tak sempat nak bergambar kerana keletihan.

    Selepas menjamu selera, aku ke Dataran Bandaraya Ipoh. Wah, meriah betul suasana di sini. Yang menarik perhatian adalah pertunjukan kereta yang diubahsuai terutama pada audio selain dari perbagai gerai makan dan akesesori wanita.

    Dah pukul 2 pagi, esok aku nak sambung perjalanan ke Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang.

    Jumpa esok di Zoo Taiping....



    Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

    Jalan-Jalan Perak (Hari 1) ─ 18 ke 19 Disember 2010

    Hari ini percutian aku bermula sehingga esok. Bermula untuk memenuhi suatu jemputan kenduri perkahwinan di Sungai Siput. Tak pernahpun aku jejak kaki ke Sungai Siput, cuma dengar nama je, itupun kerana tempat asal Samy Vellu. Untuk gambar kenduri kahwin tu, aku tak upload, tapi kalau nak, boleh request...

    Selepas selesai hal kenduri, adalah seorang teman ajak ke suatu tempat, katanya "tempat best"... Apa lagi, aku yang suka 'explore', ikutlah sambil tertanya-tanya..."Bagus ke tempatnya ???"... Haaa.. Bila sampai, terpegun juga aku tentang keunikan tempatnya... nampaklah gua batu kapur dan tasik yang menghening. Selama ni aku cuma lihat gua batu kapur dan disebelahnya kuil Hindu...haha......Batu Cavelah tuu... Tempat ini di panggil Taman Rekreasi Gunung Lang.

    Dengan pemandangan yang indah dan tenang, akupun tak nak ketinggalan merakam gambar disamping rakan-rakan yang berposing sakan untuk bergambar. Ringkasnya, kalau sampai Ipoh, jangan lupa ke sini... Memang menarik tempat ni..... Kalau tak percaya sila lihat gambar yang aku kepilkan di muka post ini. 


    Selepas puas bersantai di sini, aku ke Hotel Hillcity untuk "check-in".

    Khamis, 28 Oktober 2010

    Restoran Cheng Ho

    Hari ni, terlintas pula nak ke Restoran yang diasaskan oleh legenda rock Malaysia, Amy Search bersama isterinya, Norhasniza Hassan atau Norish. Memilih makanan laut dengan resipi masakan Cina sebagai konsep utama, Restoran Cheng Ho menjadi destinasi paling ideal buat penggemar makanan Cina terutama yang beragama Islam.

    Terdapat beberapa menu yang mengancam selera iaitu Deep Fried Fish Zheng He Style, Phet Sat Stim Fish, Fresh Milk Prawns, Kerabu Squid Cheng Ho Style, Black Mushroom with Fish Maw, Crab Meat Tofu Soup dan Stim Chicken with Herbs, Chicken Mango, Crab Salted Egg dan Nyonya Style Steam Fish. 

    Selain dari makanan yang dihasilkan oleh tiga orang tukang masak tempatan, dekorasi dalaman restoran yang berlatarbelakangkan gambar-gambar masyarakat Cina Muslim dan tulisan khat juga menjadi tarikan.

    Ruang dalam restoran pula dibahagi dua bahagian iaitu ruang merokok dan sebaliknya.Kesemua hasil seni yang menghiasi dinding-dinding restoran adalah hasil ilustrasi terakhir sahabat baik Amy iaitu Allahyarham Jalil Ngah.

    Info ringkas mengenai restoran :- 
    Alamat : 15 & 17G, Blok 3B, Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
    No. Tel : 03-41496094
    Waktu Perniagaan : 10pagi - 10malam.



    Ahad, 20 Jun 2010

    Misteri Kuala Selangor


    Bukit Malawati, Kuala Selangor menyimpan banyak tinggalan sejarah

    KUALA SELANGOR merupakan antara lokasi percutian yang harus dilawati kerana banyak tempat menarik boleh dilawati seperti Bukit Malawati, Taman Alam manakala makanan lautnya murah dan enak.

    Bandar bersejarah itu merupakan bekas pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor namun disebaliknya terselit sisi eksentrik yang masih menjadi buah mulut sehingga kini.

    Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Sungai Buloh sejauh lebih 90 kilometer sangat memenatkan tetapi penulis menjadi teruja setelah mendengar cerita orang tempatan berhubung kisah tempat menarik dan cerita pahlawannya.

    Kisah Panglima Hitam, orang bunian, Bukit Malawati yang terdapat Batu Hampar, Telaga Tujuh, meriam meletup sendiri, pokok terbakar sendiri serta Kampung Teluk Penyamun cukup menarik untuk dibongkar. Orang lama Kuala Selangor, Harun Anwar Zaini, 60, menjelaskan, Bukit Malawati merupakan salah satu lokasi yang harus dilawati. Katanya, pengunjung bukan sahaja dapat bermain dengan kera yang jinak tetapi berpeluang menikmati aura Kuala Selangor menerusi bukit yang menyimpan kisah-kisah misteri.

    Antaranya ialah Batu Hampar. Mengikut cerita lisan, ia merupakan batu sungai yang diangkat ke Bukit Malawati.

    Pancung dayang
    Mengikut maklumat daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor, Batu Hampar dijadikan sebagai tempat Sultan Selangor terdahulu, Sultan Ibrahim untuk berehat dan menyabung ayam.

    “Ada juga orang kampung mendakwa Batu Hampar itu menjadi tempat hukuman pancung seorang dayang yang berzina dan darahnya disimbah ke sekitar bukit. “Tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Bagaimanapun terdapat lebih kurang lima pokok sena berhampiran Batu Hampar mengeluarkan getah berwarna merah yang didakwa darah dayang itu,” cerita Harun.

    Bagi memastikannya, krew Jurnal menoreh semua pokok sena itu. Ternyata benar semua pokok di kawasan batu tersebut mengeluarkan getah merah. Di sebalik cerita itu, ada pihak beranggapan getah pokok sena berwarna merah kerana faktor usianya lebih 50 tahun sedangkan getah sena muda berwarna putih.

    Batu Hampar, tempat yang didakwa seorang dayang istana dihukum kerana berzina

    Meriam meletup
    Selain kisah Batu Hampar terdapat meriam Sultan Ibrahim yang dikatakan meletup secara tiba-tiba. “Kejadian itu berlaku dua kali. Sekali pada 1960 dan sekali pada 1975 semasa hari ke-28 dalam bulan Ramadan. Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri.

    “Kedua-dua peristiwa ini menimbulkan kegemparan kepada penduduk kampung pada waktu itu sehingga mereka membuat solat hajat dan doa selamat supaya Allah menjaga mereka daripada sebarang malapetaka,” katanya.

    Semasa kejadian meriam meletup sendiri pada 1975, pokok-pokok sekitar jalan Kuala Selangor sepanjang lebih kurang 20 kilometer terbakar dan tunduk sendiri, tambah Harun.

    “Tidak ada petir atau kilat pada masa itu,” ujar Harun lagi.

    Cerita eksentrik di Kuala Selangor disusuli dengan kisah Makam Anak Dara.

    Menurut versi cerita daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor dan cerita lisan orang kampung, seorang anak dara yang warak dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda walaupun dia tidak bersetuju.

    Gadis itu dikenali dengan nama Siti Rubiah. Siti Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan.

    Jelas Harun, kerana jasad Siti tidak ditemui, sebuah kubur dibina oleh ibu bapanya bagi memperingatinya dan ia digelar Makam Anak Dara.

    Penduduk tempatan yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan Siti Rubiah dan dikatakan seorang gadis yang cukup cantik dengan rambutnya panjang melepasi bahu.

    Pokok sena yang mengeluarkan getah berwarna merah seakan-akan darah

    Panglima Hitam
    Kisah seorang pegawai istana, Panglima Hitam juga memberi nilai sejarah dan semangat keperwiraan kepada warga Kuala Selangor. Panglima Hitam dikatakan seorang pegawai istana yang taat kepada Sultan dan gigih berjuang mempertahankan kerajaan daripada serangan musuh.

    Bagaimanapun, mayatnya turut lesap dan dikatakan masih hidup untuk menjaga Kuala Selangor daripada anasir buruk sehingga kini. “Dia seorang guru silat dan pegawai yang membantu pemerintahan menewaskan Belanda semasa penjajah itu cuba menakluk Kuala Selangor.

    “Belanda dapat menawan Kuala Selangor namun Panglima Hitam dan bantuan lain, bandar ini dapat ditawan semula keesokannya,” katanya. Harun mendakwa pernah berjumpa dengan Panglima Hitam pada awal 90-an semasa sedang solat di sebuah surau di Kuala Selangor.

    Pesan panglima
    Dia mendakwa, saiz badan Panglima Hitam tiga kali ganda daripada manusia normal selain bermuka gelap, memakai tengkolok, berbaju dan berseluar hitam selain menyimpan keris di belakang badan dengan saiz lebih kurang lima meter.

    “Beliau berpesan kepada saya dalam bahasa Melayu baku akan tetap menjaga keamanan Kuala Selangor walaupun dalam era kemodenan kini. “Malah dia berbicara kepada saya jangan lupa menunaikan solat wajib dan jangan berbuat maksiat dengan tempoh perbualan kurang lima minit,” dakwanya.

    Pengurus Residen De Palma Kuala Selangor, Lokman Abd. Malek, 50, pula memberitahu, cerita unik mengenai siput laut atau lebih dikenali dengan mentarang yang dikatakan mempunyai pantang larang tersendiri. Ada versi cerita mengatakan mentarang akan merajuk dan tidak akan keluar dari lumpur yang terdapat di kuala sungai jika orang hanya mengambil mentarang bersaiz besar dan meninggalkan yang kecil atau dibuang. “Tetapi sebenarnya banyak versi cerita dan misteri yang terdapat di Kuala Selangor. Terpulang pada setiap individu sama ada ingin percaya atau tidak,” katanya tersenyum.


    Sumber - Kosmo ! Online - Rencana Utama

    Iklan