Ruang Iklan

Ahad, 13 November 2011

COTY2U 2011



Hari ini aku dan famili berkunjung ke COTY2U Autoshow iaitu pamiran kereta terbesar anjuran Maybank dan Straits Times. Terdapat pelbagai jenis model kereta lama dan baru serta pelbagai jenis motosikal dan aksesori yang dipamirkan.

Pameran kereta ini merupakan acara tahunan yang diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC).

Bayaran masuk sebanyak RM5 dikenakan tetapi percuma kepada pemegang kad Maybank.

Untuk keterangan lebih lanjut sila ke Klik untuk ke laman berikut.




Ahad, 30 Oktober 2011

Sambutan Hari Lahir di McDonalds


Dari Jeram, tepat jam 6 petang aku sampai di McDonald's Pandan Mewah untuk meraikan Sambutan Hari Lahir Umairah, Izham dan Shafiqa.

Sememangnya hampir setiap bulan kami meraikan hari lahir diantara anak masing-masing secara berkongsi tetapi ini adalah pertama kali ia diraikan di McDonalds.

Melihatkan kegembiraan anak-anak, membuatkan masa selama satu jam menjadi seperti 15 minit.


Iklan