Ruang Iklan

Ahad, 30 Oktober 2011

Sambutan Hari Lahir di McDonalds


Dari Jeram, tepat jam 6 petang aku sampai di McDonald's Pandan Mewah untuk meraikan Sambutan Hari Lahir Umairah, Izham dan Shafiqa.

Sememangnya hampir setiap bulan kami meraikan hari lahir diantara anak masing-masing secara berkongsi tetapi ini adalah pertama kali ia diraikan di McDonalds.

Melihatkan kegembiraan anak-anak, membuatkan masa selama satu jam menjadi seperti 15 minit.


Jeram, Selangor


HARI ini, aku berjalan-jalan ke Jeram. Perjalanan ini berpunca dari "Jemputan Perkahwinan" oleh pengasuh anak aku, Syazwan. Aku pula dah lama teringin nak ke Pantai Remis, Jeram. Melalui peta yang diberikan, aku pun terus ke rumah pengantin tetapi dengan teragak-agak kerana pada jangkaan aku, Jeram terletak di Kuala Selangor tetapi di dalam peta menunjukan di Sungai Buluh. Memang tak sangka, kawasan Sungai Buloh ini amat luas.

Selepas keluar dari rumah pengantin, aku ternampak sebuah kedai basikal. Harga basikal di sini agak murah jika dibandingkan dengan harga di KL. Aku pun beli satu untuk hadiah Umairah, anak saudara isteri aku sempena Sambutan Hari Lahirnya pada petang nanti.

Setelah selesai urusan pembelian basikal, aku sekeluarga terus ke Pantai Remis. Hairan betul, walaupun sekitar pantai kelihatan agak kotor dan tidak sesuai untuk berenang, tetapi kunjungan orang ramai dari perbagai daerah dan negeri membuatkan kawasan ini kelihatan meriah. Apa yang membuatkan kawasan ini tidak kering dari kunjungan orangramai ?. Pada pendapat aku, mungkin terdapat perbagai hidupan bercekerang dari laut seperti kerang dll. ditambah pula dengan perbagai gerai-gerai makanan terutama ikan bakar yang menjadi tarikan. Terdapat juga cerita yang mengatakan pada ketika dulu, terlalu banyak remis di pantai ini. Dari kejadian itulah, pantai ini mendapat namanya, Pantai Remis.

Dalam perjalanan pulang dari Pantai Remis, aku terjumpa sepanduk tertulis "Cendol Bakar". Ini akan aku ceritakan di catatan akan datang. Perjalanan ini agak singkat kerana aku terkejar nak ke Sambutan Hari Lahir Umairah di McDonald's, Pandan Mewah pada pukul 6 petang. Berpunca dari perjalanan ini, aku pun mula memasang cita-cita untuk meneruskan eksplorasi aku di sekitar sini, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan seterusnya ke Teluk Intan.


Iklan