Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label - Acara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label - Acara. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

Sambutan Hari Lahir di McDonalds


Dari Jeram, tepat jam 6 petang aku sampai di McDonald's Pandan Mewah untuk meraikan Sambutan Hari Lahir Umairah, Izham dan Shafiqa.

Sememangnya hampir setiap bulan kami meraikan hari lahir diantara anak masing-masing secara berkongsi tetapi ini adalah pertama kali ia diraikan di McDonalds.

Melihatkan kegembiraan anak-anak, membuatkan masa selama satu jam menjadi seperti 15 minit.


Ahad, 16 Oktober 2011

OCBC Fun Ride (Day 3)


09.30 Pagi : Aku tiba di Dataran Merdeka agak lambat juga sebab banyak jalan ditutup untuk acara berbasikal. Terpaksalah aku letak kereta di Masjid Negara dan berjalan ke Dataran Merdeka. Suasana agak memuaskan juga. Terdapat perbagai rakam manusia begitu juga basikal. Banyak juga aksi yang aku terlepas rakam. Tapi aku rasa, Dataran Merdeka bukanlah tempat yang sesuai untuk acara ini. Kalau nak tahu suasananya, lihat foto.

Acara ini berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas acara ni aku nak pergi ke bangunan berhampiran ... Muzium Tekstil ...



Iklan