Hari
ini, sedang menyelak sebuah akhbar harian, aku terbaca satu tajuk yang menarik
perhatian. Setelah membacanya, terjawablah suatu persoalan yang sering menjadi
tajuk perbincangan antara aku dan rakan-rakan.
Untuk
melihat senarai 77 syarikat pelaburan tidak sah tersebut sila ke http://www.bnm.gov.my.
Berikut
adalah petikan berita tersebut,
"KUALA
LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat
pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat
pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM),
termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan
logam berharga lain.
Menurut
BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang
tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut
peraturan kewangan di negara ini.
Antara
jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut
kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau
menjalankan pelaburan tidak berlesen.
Bank
pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan
syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan
syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.
BNM
dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak
mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat
yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau
pembangunan kredit.
Tegasnya,
di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut
perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan
aktiviti itu di negara ini.
"Surat
perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau
kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan
dalam surat perakuan berkenaan, ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh
institusi terjadual berkenaan," kata bank itu.
"Senarai
institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya
untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.
"Sekiranya
syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan
terjadualnya, BNM akan menarik balik surat perakuan tersebut," kata bank
pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Justeru
ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat
atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh
BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan.
Untuk
maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada
Semua Penggguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my
atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
"
Jadi, berhati-hati dan berfikir sebelum membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan