13 Ramadhan 1433H
HARI
ini, aku berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan pejabat di Hotel Mutiara
Crown Plaza di Jalan Perak, Kuala Lumpur.
Perbagai
juadah berkonsep bufet di tawarkan oleh hotel bertaraf lima bintang ini. Antara
yang menarik adalah rendang rusa yang mula ditawarkan pada tahun ini. Walaupun
terdapat perbagai juadah, yang menarik minat dan mempunyai citarasa tersendiri
adalah Moggollian BBQ dan perbagai Mee Rebus, Kari dan Laksa.
Suasana
yang santai ini, memberi peluang rakan-rakan berbual panjang mengenai
perkembangan masing-masing dan berkongsi cerita terkini.
Bagi
aku sendiri, mutu makanan yang ditawarkan terlalu rendah berbanding dengan
taraf hotel dan harganya. Terkena pula dengan rasa ketam yang sudah lama dan
hampir busuk.
Terima
kasih kepada Vendor dari Interstate yang sudi menaja dan bos yang sudi
mempelawa. Tahun hadapan jangan lupa jemput lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan