17 Ramadhan 1433H
Pejam
celik, sudah 17 hari kita berpuasa. Hari ini, juga mengingatkan kita kepada
peristiwa Nuzul Quran iaitu peristiwa
turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada
hari ini.
Peristiwa
Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan
"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut
bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna
terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia
al-Quran.
Ayat
al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq 1-5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan