8 Ramadhan 1433H
HARI
ini, aku berpeluang ke studio Pak Ngah di Setapak untuk meraikan majlis berbuka
puasa yang diadakan bersempena awal atau pembuka Ramadan. Ini merupaka acara
tetap yang diadakan pada setiap tahun.
Antara
aktiviti yang diadakan adalah, berbuka puasa dengan kuih-muih, solat Magrib,
makan malam, solat Tarawih. Menu makanan yang dihidangkan pada malam ini adalah,
aneka kuih-muih seperti serta nasi briyani gam.
Bagi
mereka yang telah hadir ke rumah mertua aku ketika Majlis Perkahwinan dan Rumah
Terbuka Hari Raya atas jemputan aku yang lepas, antaranya mengakui rasa nasi
briayani serta ayam gorengnya memang sedap.
Selepas
menunaikan solat Tarawih, mereka yang hadir akan berbual dan bercerita mengenai
pengalaman serta permasalahan yang dilalui. Secara tidak langsung, ini dapat
mengeratkan siratul rahim sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan