Ruang Iklan

Sabtu, 13 September 2014

Pesawat MAS MH198 mendarat cemas

Hari ini, aku mendapat berita pesawat MAS MH198 yang menuju dari KLIA ke Hyderanad pula bermasalah. Dari info yang diterima kebakaran minyak telah berlaku menyebabkan pesawat yang telah berlepas ke udara terpaksa berpatahbalik dan mendarat selamat di KLIA.


Khamis, 17 Julai 2014

Pesawat MAS terhempas di Ukraine

Hari ini, waktu nak bangun untuk bersahur aku di kejutkan dengan satu berita. Berita yang mengejutkan bukan hanya aku, bukan 1 Malaysia tapi 1 dunia. Berita pesawat MAS, MH17 di tembak dan jatuh terhempas di Ukraine. Belum reda dengan misteri kehilangan MH370, kini satu lagi pesawat MAS tak pasal-pasal menjadi mangsa tersalah tembak.

Untuk mengikuti berita tersebut diakhbar nasional sila klik link di bawah,

 
Untuk berita dari blog lain sila klik link di bawah,

http://www.beritasemasa.com.my/berita-terkini-mh17-terhempas-ukraine-rusia

Ada beberapa gambar video. Untuk melihat sila klik link berikut,
 
Salam takziah buat ahli keluarga yang terlibat di dalam nahas MH17

Kesedihan dari tragedi MAS tertembak jatuh belum reda, diselang-seli pula dengan berita penderitaan rakyat Palestin dianiaya oleh Israel. Cabaran betul dugaan di bulan puasa. Semoga segala cabaran yang datang ada hikmah disebaliknya dan telah ditentukan oleh Nya.
 

Selasa, 14 Januari 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Tahun 1435H / 14 Januari 2014

Assalamualaikum !

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

12 Rabiul Awal, Tahun Gajah bersamaan 23 April 571, merupakan  hari bersejarah kelahiran atau hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Setiap tahun, umat Islam akan meraikanya dengan mengadakan beberapa majlis bagi memperingatinya.

Bersempena dengan itu, ia merupakan cuti umum di Malaysia.

Tema sambutan kali ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Marilah kita bersama-sama banyakkan selawat dan berpegang teguh pada sunnah dan ajarannnya.

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat datang 2014 dan Selamat Tinggal 2013

Sudah lama saya tidak menulis di blog kerana kesibukan aktiviti harian.

Hari demi hari berlalu, minggu bertemu minggu, bulan silih berganti, sedar tak sedar tahun 2013 telahpun meninggalkan kita. Rasa sedihpun ada. Rasa risau untuk menempuh tahun 2014 pun ada.

Pada saya tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit. Kenangan manis, dapat melancung bersama keluarga dan rakan-rakan ke Ho Chi Minch, Bangkok, Pattaya dan beberapa tempat lain. Banyak lagi kenangan manis yang tidak dapat diceritakan.

Yang pahitnya, pengalaman kesakitan akibat serangan Batu Karang dan kegagalan “Stress Test” yang menggagalkan kelayakan saya untuk terus bertugas di luar negara. Seterusnya meranapkan beberapa impian saya. Kalau tidak, tentu lebih banyak pengalaman manis yang dapat saya kongsikan.

Apapun yang telah dilalui ia adalah satu pengalaman dan kegagalan dari pengalaman tersebut akan menjadikan azam untuk kita memperbaikinya.

Dari pengalaman saya di tahun lepas, walau serajin atau sehandal mana kita, kalau kesihatan tidak mengizinkan, kita seperti tidak berharga. Keazaman saya di tahun ini untuk berjaya di dalam “Stress Test” seterusnya dan mempertingkatkan kesihatan yang lebih baik kerana kekayaan yang sebenar adalah kesihatan yang baik. Kalau tak sihat camana nak pergi jalan-jalan kan ?. Kalau dah berjaya saya 'share'.

Semoga tahun 2014 akan memberikan sinar dan kejayaan untuk kita semua.

Insya Allah.

Iklan