Ruang Iklan

Rabu, 1 Jun 2011

Lensa Nikon - 50mm f/1.8 AF-D

HARI ini, aku cuba bermain dengan Lensa Nikon Nikkor 50mm f/1.8 AF-D dikeluarkan pada 6.7.2002 dan diubahsuaikan dari Lensa jenis S. Lensa berdiameter 52mm dan seberat 157 gram, ini amat sesuai untuk gambar potret dan dengan bacaan bukaan f/1.8, imej dapat dirakam di dalam suasana cahaya rendah.

Selain dari lensa 50mm f/1.8 AF-D, terdapat juga lensa 50mm f/1.8 G AF-S, 50mm f/1.4 AF-D dan 50mm f/1.4 G AF-S.

Jika dilihat terlalu banyak lensa Nikon yang dikeluarkan. Selain dari jenis S dan D terdapat pula tiga format yang berbeza iaitu FX, DX dan CX.

Berikut adalah definasi yang terdapat pada lensa Nikkor untuk kamera Nikon yang aku akan tambah sedikit-sedikit kerana masa aku yang agak terhad.

AF-S = Autofokus dengan Silent Wave Motor (SWM), motor pemfokus ada dibadan lensa. AF-S memfokus lebih laju berbandig dengan AF-D.

AF-D = Autofokus, pemfokus digerakkan oleh badan kamera. Boleh digunakan pada kamera filem.

VR = Vibrate Reduction, fungsi untuk mengurangkan gegaran pada lensa. Ia cukup efektif untuk mengurangkan gambar dari 'blur' dan dapat menurunkan shutter sehingga 3 Stop.

ED = Extra Low Dispersion, mempunyai gelas lensa yang khusus untuk index refleksi yang tertentu/khusus yang memberikan focus yang hampir sama untuk semua spektrum cahaya.


Iklan